Life Scene Boss Facebook Twitter Follow Dashboard
Cerita Aku, Result Aku.
Wednesday, 19 December 2012 | 05:33 | 4 weird people
Assalamualaikum dan hai.

Dah berkurun tak update blog ni. Busy k busy. Minggu lepas balik kampung dekat seminggu jugak. Lepastu ada saudara mara datang. Tak menang tangan i dibuatnya xD Konon.

Seperti yang semua maklum, harini 19/12/2012 result PMR keluar. Tadaaaaaaaaaa *kotak result bersinar-sinar* Beberapa hari sebelum 19/12/2012, ramai mangsa-mangsa PMR dan yg tiada kaitan dengan PMR buat status kat Fb. Tak kurang jugak yang tweet pasal PMR. Aku pun termasuk sekali. Hihi.

Seriously, tak lena tidur aku malam tadi dok fikir pasal result ni haa. PAgi-pagi tadi dah keliling satu beranda sambil makan rambutan. Haha. Terserlah kan aura ketakutan dia? Takut gila wooooo. Masa tengah bersiap nak pergi sekolah tu, lampu & kipas bilik pulak buat hal. Spoil my mood -.- Dah lah nak cepat, kawan semua dah call "Kat mana? Kat mana?" Agak serabut sikit lah. Fuhhh, akhirnya, elok jugak lampu & kipas bilik i. Dapatlah bersiap dgn cepat. Malangnya, aku tetap lambat *senyum itik*

Sampai-sampai sekolah je terus terjah bilik bacaan. Sebab cikgu bagi result kat situ. Part ni yg paling gerun woii. Tangan terketar-ketar. Salam guru kelas tersayang, Puan Rahamah lepastu cikgu bagi slip peperiksaan. Tengok slip terus senyum. Seriously, senyum. Aku tak nangis pun. I don;t know why. Masa UPSR pun aku tak nangis dapat result.

Sejujurnya, aku terima result aku seadanya. Tiada sebarang komplen. Sebab aku tau macam mana usaha aku. Aku bukan seorang yg menelaah buku 24 jam. Bukan :') Dan aku terima result aku. Sebba ni bukan pengakhiran bagi aku. Jyeahh, aku ada SPM lagi. Aku akan berjuang habis-habisan masa SPM nanti. Nak tau berapa result i? Check it out ;D

My result: 3A4B1C :')

Aku bernasib baik sebab dapat parents yang tak desak aku. Maksudnya, diaorang takda lah "Anis kena dapat 8A. Kalau tak mama & ayah sebat." Tapi diaorang tetap inginkan yang terbaik daripada aku. Aku akan berusaha buat yg terbaik untuk SPM nanti. Aku taknak kecewakan parents aku.




Welcome to my blog
Welcome people

Salam & Hai, saya Hanis. Siapa dia? Dia empunya blog. Selamat datang ke dunianya yang penuh misteri. Dunia yang penuh dengan orang yang menyayangi & disayanginya. Selamat datang. Sila ketuk pintu, bukak kasut. Ok, dah boleh masuk. Jangan lupa bagi salam, baca Bismillah.
Chatbox here
Leave your footprint here

No harsh words.
Anonymous not allowerd here