Life Scene Boss Facebook Twitter Follow Dashboard
I'm Back!
Tuesday, 27 November 2012 | 22:35 | 0 weird people



Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah, aku masih boleh meneruskan aktiviti ber-blogging ni dengan izin-Nya. 4 August 2012 post aku yang terakhir. Maksudnya, dah tiga bulan lah aku tak post apa-apa dekat blog ni. Tiga bulan k tiga bulan. Lama tak lama. Bukan dah berhabuk je blog aku ni, dah bersawang dah ni haa. Penuh dengan labah-labah, lipas, cicak. Kalau lebih 3 bulan, entah-entah ada rimau, gajah semua. Hihi. Just kidding just kidding.

Dalam tempoh masa tiga bulan yang lepas, macam-macam benda yang berlaku. Pahit, masam, manis, kelat mahupun masin. Ceh, macam pembaca berita. *Anis berangan tak sudah* Memandangkan aku ni ex-pmr, so mestilah dalam tiga bulan yang lepas aku sibuk men-study kan? Pembaca-pembaca semua kena angguk k. Angguk! Hihi. Alhamdulillah, dah lepas dah medan perang dunia pertama aku. Tunggu perang dunia kedua je. Bila? Alamak, takkan taktau! SPM daaaaaa. InsyaAllah aku sempat mendudukinya ;) Habis je pmr.................... Kita enjoy! Memang dah terlebih enjoy dah rasanya.

Lepas pmr, biasalah kan aktviti tu aktiviti ni. Ada explorace, sukaneka & banyak lagi. Hari yang aku rasa paling sedih, last day sekolah. Tsk tsk, sedih wooooo. Nak tinggalkan kawan-kawan. Nak tinggalkan sekolah, tak sedih sangat xD Rasa macam nak nangis je. Tapi control macho ;p Hari terakhir sekolah, ada jamuan. Best. Makan. Makan memang best ;p Saya suka ambil gambar. Gambar suka ambil saya untuk di ambil gambar. Apa aku merepek ni -.- I muka gila kamera you allssss. So jangan tunjukkan kamera you alls kat i okayy! *mata ke atas tangan ke bahu* Gedik sangat gamaknyoo.


Mungkin tahun last kita sama-sama kan. I'll miss you, baby :*

Yeayy yeayy cuti sekolah cuti sekolah! *lompat lompat* Melancong sana melancong sini. Beshnyoooo. Korang plan pergi mana? I pergi Paris, Korea, Hong Kong. Best tau! Pergi free je. Sebab apa? Sebab pergi dalam mimpi. Memanglah free! Haha. I pergi JB dengan family tersayang & sahabat karib merangkap kembar tak serupa. I love them damn much! Nak pergi LegoLand. Tapi ramai orang. Malas deh. Mama cakap, pergi tahun depan je. Sedih yang tak terhingga. Holiday dengan yang tersayang memang best kan? Siapa cakap tak best, memang nak kena pancung! *over feeling*


Anis and Yana. See, mulut aku ternganga. Haha xD

Panjang betul entry aku kali ni. Maklum lah, dah lama tak update. Mesti lah post yang first ni gempak sikit. Gempak ke? Boleh lah tu kan ;)


Welcome to my blog
Welcome people

Salam & Hai, saya Hanis. Siapa dia? Dia empunya blog. Selamat datang ke dunianya yang penuh misteri. Dunia yang penuh dengan orang yang menyayangi & disayanginya. Selamat datang. Sila ketuk pintu, bukak kasut. Ok, dah boleh masuk. Jangan lupa bagi salam, baca Bismillah.
Chatbox here
Leave your footprint here

No harsh words.
Anonymous not allowerd here