Life Scene Boss Facebook Twitter Follow Dashboard
Bulan Baru Nanti Masuk Tahun Baru.
Saturday, 1 December 2012 | 19:33 | 2 weird people

Assalamualaikum dan hai.

Tak sangka hari ni dah masuk 1 Disember. Rasa cepat yang teramat masa berlalu kan? Semalam 30 November, harni 1 Disember, esok 2 Disember, lusa 3 Disember dan seterusnya. Takkan semua nak tulis kat sini ;p Haha. Semoga bulan ni lebih baik dari bulan lepas. Amin.

Huwaaaa, takut ni takut ni *lari keliling meja* Rasa nak nangis pun adooo. Bulan ni result pmr keluar. Takut woooo. Siapa yang buat sehabis baik kaw kaw mestilah relaks kan? Kalau tak relaks pun, mestilah diaorang confirm dapat 8A/ 9A. Tapi aku? Aku dah buat yang terbaik, tapi cuak lagi ni. Masa exam pun cuak, result nak keluar pun cuak jugak. Fuh fuh fuh *tarik nafas hembus nafas*

Bila ea tarikh result pmr keluar? Kalau tak keluar terus boleh tak? Biar je Pentadbir Peperiksaan tu simpan terus result tu. Hihi, boleh tak? Boleh laaaa *buat muka comel* K, berhenti mengarut Anis. Ada yang cakap 22 Disember, 19 Disember result keluar. Kenapa makin cepat tarikhnya. Kenapaaaa :O Stop cerita pasal pmr, nanti makin serabut akal dan mindaku ;)

Dalam bulan ni, aku balik kampung. Pheww pheww pheww. Ni yang besh ni. Dapat pergi pantai, mandi pantai. Tak sabar ni tak sabar ni. Maklum lah, kat Segamat ni bukan ada pantai. Sungai ada lah. So balik Terengganu ni, boleh lah merasai suasana pantai gitu. Jumpa saudara mara, makcik serta pakcik ku yang tersayang ;* Bulan ni aku bakal dapat sepupu baruuu. Mesti comel macam aku kan? Hihi, peghasan.

Alhamdulillah, siap post untuk harini. Eh, nak bagitau ni, cadangnya aku nak buat cerpen. Hihi. Tapi dalam perancangan leww. Nanti kalau dah siap, aku post kat blog ni k. Baca k :* Tu pun kalau jadi lah ^^ Bye.

Welcome to my blog
Welcome people

Salam & Hai, saya Hanis. Siapa dia? Dia empunya blog. Selamat datang ke dunianya yang penuh misteri. Dunia yang penuh dengan orang yang menyayangi & disayanginya. Selamat datang. Sila ketuk pintu, bukak kasut. Ok, dah boleh masuk. Jangan lupa bagi salam, baca Bismillah.
Chatbox here
Leave your footprint here

No harsh words.
Anonymous not allowerd here