Life Scene Boss Facebook Twitter Follow Dashboard
Membayangkan Sesuatu.
Sunday, 17 June 2012 | 10:05 | 0 weird people

Assalamuaalaikum dan Hai.

Tahun ni tahun yang paling sibuk bagi saya. Fuhh, tiap-tiap hari balik lambat. Pukul 4 lebih wooooo. Seriously, tension sangat. *sabar Anis, sabar* Tahun ni je pun, tahun depan relaks dah. Hihi.

Dua minggu lepas, saya tak boleh tidur. Tiba tiba saya terfikir akan satu hal. Macam mana ea, kalau satu hari nanti saya kehilangan keupayaan untuk berjalan. Mesti sukar hidup saya kan. Mesti saya akan susahkan org untuk tolong saya.

Macam mana ea, kalau satu hari nanti saya kehilangan penglihatan. Mesti saya takdapat melihat orang di sekeliling saya kan. Tapi saya tak kisah sebab saya boleh melihat dengan mata hati dan pendengaran saya tajam.

Macam mana ea kalau satu hari nanti saya kehilangan keupayaan untuk merasa. Mesti saya tak dapat rasa masakan mama saya kan. Mesti saya takdapat rasa masakan saya sendiri.

Macam mana ea, kalau saya kehilangan keupayaan untuk memegang sesuatu. Nak buat kerja mesti susah kan. Tapi saya tau, ada banyak cara untuk saya buat kerja kerja itu.

Macam mana ea, kalau satu hari nanti fizikal saya tak sempurna? Mesti orang kutuk-kutuk saya, mesti orang pandang saya dlm keadaan yg pelik. Hati saya mesti tersentuh. Siapa tak sedih kalau orang kutuk diri dia. Kalau tak sedih jugak, dah sah sah lah takde perasaan. Hehe. Sorry.

Sebak dada saya apabila membayangkan semua ini. Jujur, bukan saya mendoakan semua ini terjadi. Hanya renungan untuk diri sendiri. Mereka terpaksa menempuh bnyk dugaan. Sebab tu lah, kita yang dikurniakan fizikal yg sempurna ini, mesti hargai kurniaan Allah. Jangan sia siakan. Alhamdulillah :)

Welcome to my blog
Welcome people

Salam & Hai, saya Hanis. Siapa dia? Dia empunya blog. Selamat datang ke dunianya yang penuh misteri. Dunia yang penuh dengan orang yang menyayangi & disayanginya. Selamat datang. Sila ketuk pintu, bukak kasut. Ok, dah boleh masuk. Jangan lupa bagi salam, baca Bismillah.
Chatbox here
Leave your footprint here

No harsh words.
Anonymous not allowerd here