Life Scene Boss Facebook Twitter Follow Dashboard
Azam Tahun 2012
Saturday, 31 December 2011 | 22:52 | 4 weird people

\Assalamualaikum/ Whoaaa, harini dah masuk tahun baru ohhh. Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012 . Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Dah besar dah aku sekarang, dah nak ambil pmr pun. Cuaknyaaaa.

Sedih ohh nak tinggalkan zaman kanak kanak aku dulu, hihi. Masa kecik kecik dulu selalu main, kejar kejar, sorok sorok, ting ting. Betul tak? Sekarang dah tak boleh main semua tu lagi. Dah besar ohhh, so kita kena buat perangai macam orang besar. Betul tak betul tak? Setiap orang mesti ada azam mereka sendiri kan? Aku pun ada :D Mehh sini aku nak share dengan korang. Hihi.

Azam tahun 2012:
1. Belajar bersungguh sungguh untuk menghadapi pmr.
2. Try capai subjek yang di-target-kan.
3. Serious dalam pelajaran , means tak main main macam dulu lagi.
4. Kurangkan online \ni yang paling pentingg/
5. Banyakkan mengulangkaji pelajaran.

Ni lah azam aku untuk tahun 2012. Aku berharap sangat agar aku dapat capai azam azam tersebut. Untuk capai azam tersebut aku perlu banyakkan usaha. Sentiasa berusaha, berdoa kepada Allah dan sentiasa menunaikan solat.

Barang yang diinginkan pada tahun 2012:
1. Handphone baru .
2. Camera baru .
3. Own lappy .

Hihi, boleh pokai parents aku kalau belikan aku semua ni. Heee :D Aku takdalah harapkan semua tu, kalau dapat salah satu pun jadi lah. Tapi yang paling aku inginkan ialah membuat mama and ayah aku bangga dengan keputusan pmr aku nanti.

Sampai sini sahaja post pertama untuk tahun 2012 . Semoga tahun ini memberi kebahagiaan untuk Anis dan untuk korang juga . Byebye :*

HanisF 

Welcome to my blog
Welcome people

Salam & Hai, saya Hanis. Siapa dia? Dia empunya blog. Selamat datang ke dunianya yang penuh misteri. Dunia yang penuh dengan orang yang menyayangi & disayanginya. Selamat datang. Sila ketuk pintu, bukak kasut. Ok, dah boleh masuk. Jangan lupa bagi salam, baca Bismillah.
Chatbox here
Leave your footprint here

No harsh words.
Anonymous not allowerd here